karipap-karipap cinta

assalamualaikum ..
(xjawab dosa) hehehe .. :)
mesti lawak kn tgk entry eyda ..
karipap-karipa cinta ?? ape tu ??
hah !! tu la filem yg di tayangkan mase raya pertama .
30/8/2011.. eyda buat entry karipap-karipap cinta sbb eyda nk kongsi 
pengalaman berlakon dalam filem tu .. 
seronok la jugak walaupun extra saje ..
siyesli , rndu nk berlakon lagi ..
eyda minat berlakon n menyanyi ..
modelling ?? mintak maap la tokk..
ceq xminat la .. >.<
btw , jalan cite okey la ..
not bad la !!
dari 5 bintang eyda leh bagi 3 bintang setengah ..
3 bintang setengah jer ??? 
ehhehh !! kire ok la tu saye bagi bntang ..kalo xde bintang lagi susah .
bweeekk !! :p
okey2 .. eyda bagi la sinopsis filem ni cikit .. 
KARIPAP-KARIPAP CINTA (30 Ogos 2011)
pengarah : othman hafsham
pelakon : gambit saifullah,melia  aimelia,eman manan,syawal af,dan ramai lagi
genre : komedi
Sinopsis Karipap-Karipap Cinta


Ali adalah seorang pemuda yang bersopan dan baik perangainya tetapi kurang memiliki cita-cita dan motivasi.Dia bekerja di sebuah syarikat yang menerbitkan akhbar politik dan majalah misteri. Tugasnya adalah untuk mengambil foto tempat-tempat yang kelihatan seram dan mengubahsuainya kepada gambar yang kelihatan mempunyai hantu. Dia jatuh hati pada Sarah,yang bekerja sebagai Kartunis. Dalam satu kejadian meragut, Ali cuba untuk menjadi hero tetapi terpaksa diselamtkan oleh Sarah dengan kemahiran seni silatnya. Ali mendapat tahu yang Sarah pernah belajar di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai Ustazah.
Dalam usaha unutk memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong yang dia juga adalah pelajar kelulusan dari Al-Azhar. Sementara itu, bos Ali, Datuk Razali Bunari terlibat dalam satu pertelingkahan sengit dengan saingan politiknya Dato Zidan. Dia mendapat dokumen sulit mengenai skandal Dato Zidan dan ingin menerbitkannya melalui akhbar politik beliau.Ali terkejut apabila dapat tahu bahawa ayah Sarah pernah bekerja dengan Dato Zidan dan memang terlibat dalam skandal tersebut.
Setelah ketahui keinginan Bosnya itu, Ali ingin menebus dosa dengan mencuri dokumen-dokumen tersebut dari pejabatnya. Dengan bantuan empat sekawan beliau dapat pecah masuk ke rumah Bosnya dan mencuri dokumen tersebut. Adakah hajat Ali untuk memikat sarah terkabul dengan kecurian itu? Atau adakah Ali akan bersifat jujur dengan memberitahu perkara sebenar? Dapatkan jawapannya di panggung kelak.
hah .. ni la sinopsis filem karipap-karipap cinta ..
korunk leh la g tgk ..
enjoy ur show .. 


No comments:

hak milik penuh eydakairol . jangan tiru ok .